Friday, July 26, 2013

Sejarah Kampung Kembara Jaya, Mukim Bukit Garam, Kota Kinabatangan

Sejarah Penjenamaan Kampung Kembara Jaya 

Sejarah penerokaan Kg. Kembara Jaya bermula pada tahun 1987 ketika era awal kegemilangan pemerintahan kerajaan Negeri Sabah dibawa pengaruh pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS). KK. Tuan Hj. Ahmad Osman (Allahyarham) merupakan ketua kampung pertama yang memainkan peranan penting dalam mengurus tadbir proses penubuhan kampung ini. Beliau dibantu oleh Tuan Hj. Sarifuddin Mandong sebagai setiausaha untuk mengurus tadbir hal ehwal peneroka di dalam kampung. 

Menurut Hj Sarifuddin (2002), nama Kampung Kembara Jaya diambil dengan istilah 'Kembara’ dan ‘Jaya' iaitu tiga perspektif yang berbeza dan berhubungkait. Pertama, diambil sempena komitmen masyarakat suku Bugis di atas semangat ikhtiar yang tinggi semasa merantau dan mengembara untuk bermastautin serta membina penempatan baru (kekal) khusunya mukim Bukit Garam. Masyarakat suku Bugis merupakan majoriti yang mewakili 95% jumlah peneroka di Kg. Kembara Jaya. Apabila dikaji makna 'kembara' pada konteks perihal perbuatan diterjemah di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi ketiga (2002) ialah; pergi ke mana-mana, bertualang, menjelajah: (dengan tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yang ditujui). 

Kedua, Menurut  Masdan (2012), diawal kewujudan Kg. Kembara Jaya; kawasan ini diurus tadbir bersama oleh pengelolaan Kg. Berjaya II. Sehubungan itu, istilah ‘Jaya’ diambil daripada kata dasar nama Kg. Berjaya II;  iaitu sempena nama Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) yang pernah mentadbir kerajaan Negeri Sabah 1976-1986. Oleh kerana, pertambahan peneroka saban hari dan lokasi yang luas menyukarkan pengelolaan  pentadbiran keseluruhannya. Pada tahun 1987 usul pembentukan Kg. Kembara Jaya dipersetujui yang diketuai oleh K.K Hj. Ahmad Osman dengan kerjasama A.D.K Panglima Anak Negeri Mohd Damit bin Nayu (Allahyarham) dan En. Kabirun bin Bayu (Allahyarham). Dokumen permohonan perkampungan ini disokong oleh Y.B Datuk Dr. Zaki Hj. Gusmiah untuk dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet Negeri untuk kelulusan.

Ketiga, istilah ‘Kembara Jaya’ diilhamkan sendiri oleh K.K Hj. Ahmad Osman apabila beliau menjadi ketua kampung pertama pada tahun 1987 dan dilantik menjadi ketua cawangan PBS Kg. Berjaya II. Hal ini sinonim kejayaan kerajaan baru  petadbiran  PBS yang menang besar Kabinet Negeri Sabah tahun tersebut pada Pilihan Raya Umum Negeri. Kerajaan PBS mengamal corak demokrasi baru untuk rakyat Sabah dan pembangunan luar bandar amat ditekankan bagi guna tanah yang optimum (Hj. Sarifuddin & Masdan, 2012)

Diawal kewujudan Kg. Kembara Jaya, peneroka tanah mengusahakan tanaman sara diri jangka pendek seperti padi bukit, padi sawa dan sayur-sayuran bagi menjamin sara hidup dan ekonomi. 













** Nota : Laman ini masih dalam proses pengumpulan maklumat untuk diterbitkan dan segala kesulitan pihak produksi Kg. Kembara Jaya memohon maaf. Sebarang cadangan atau komen pada laman ini amatlah dialu-alukan.


Thank You Sappo' ku 

Article is being undertaken by in-depth interview with residential senior peoples 
UNITED OF THE GENERATION INTELLECTUAL'S KEMBARA ©

ALL RIGHTS RESERVED 





No comments:

Post a Comment