Sunday, July 28, 2013

The Health And Wellbeing A New Generation - UNITED OF GENERATION INTELLECTUALS IN KEMBARA (Ugik)

Posts are smiling kids that's a new regeneration of the Kg. kembara Jaya's youthful
From left : Masmur, Papai, Bachok Coffee, Ajis Satar, Pindu and Adam Lunjun




Sweet memory while  Hari Raya Aidilfitri with the whole friends gathering together. Picture taken off on September, 21st 2009 



Wonderful moment even though there is not enough space in Al-Muhajiri Mosque at Kg. Kembara Jaya during pray for Hari Raya Aidilfitri.

Cita-cita (ilmu) dicari bukan sekadar melangkau daerah dengan jauh berjalan tetapi menjadi nostalgik jika teman turut ada mendorong meloncat bersama sekalipun kita tersungkur.  -  Pujangga Pak Dr. Hamka  & T.A Edison  (1929)

Pelangi itu tujuh warna ia cantik jika bersama muncul setelah hujan, tapi tidak di setiap hujan siapa yang bisa terka bila datangnya? ~ Puisi Unnak ketika di Dungun Terengganu 2012. (Persahabatan Futsal Pantai)
Dari kiri duduk : Kisan Wiltord, Nail Maradona, Junai Heinze, Azwan Ali dan Tajri Yap Wai Loon
Dari kiri berdiri : Maing Lin Dan, Rudi kristal, Lawiq De Cannavaro, John Lehmann dan Dedy DeVander Sar











































Kelender Aktiviti Kg. Kembara Jaya



Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kinabatangan tahun 1435H / 2014 ~ Pada 8/2/2014 (Sabtu)


Perarakan didahului oleh barisan kepimpinan daerah Kinabatangan dan barisan kehormat
 


Segak berarak kontinjen Kg. Kembara Jaya dengan panji-panji nakhoda sivil

A dare Morning : Parade to celebrate Prophet Muhammad's birth anniversary in Kinabatangan 2014/ 1435H with themed "Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah"





















Kontinjen perarakan setiap kampung yang mengambil bahagian berkumpul di Dataran Kinabatangan (berhadapan Balai Polis Kinabatangan) sebelum bergerak menuju ke Masjid Daerah Kinabatangan.  *Fotografi oleh Mr. Jun
Kontinjen Puteri UMNO Kinabatangan

Gambar kenangan kontinjen perarakan Kg. Kembara Jaya sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kinabatangan tahun 1435H / 2014.   Lokasi di Masjid Daerah Kinabatangan ~ Fotografi oleh Habibi


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg. Kembara Jaya 1435H / 2014 ~ Pada 9/2/2014 (Ahad)

Kesederhanaan, tetapi meriah dengan kesudia Ketua Daerah Kinabatangan, Y.Bhg. Tn. Haji Hamidin Hj. Radin (Kiri: Ketiga)  merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg. Kembara Jaya.




















Ucapan dasar dan perasmian Sambutan oleh Ketua Daerah Kinabatangan YBhg. Tn. Haji Hamidin Hj. Radin (berdiri).

Barisan tetamu kenamaan pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg. Kembara Jaya 2014/1435H


Sipatowo sipatokkong: Ke arah transformasi Kg. Kembara Jaya 1Komuniti Al-Muhajirin.
Dari kiri duduk : Bapa Aco, Bapa Miah Kembar, Bapa Nisa dan Mama Rohani  Dari kiri berdiri : Mama Nuri, Mama Chunding, Mama Nisa, Papai, Junai, Nurul, Mama Miah Kembar, Mama Ulik, Ikwan, Sitti, Miah Kembar, Hafizul dan Abg Udin.


































Alunan Berzanji diketuai oleh Tuan Imam Daud bin Lapadi (Imam Rawatib Kg. Kembara Jaya) dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabiullah Muhammad SAW.
Warna-warni; hiasa bunga telur pada pokok pisang amat sinonim dengan adat budaya komuniti Bugis sempena perayaan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg. Kembara Jaya tahun 2014/ 1435H


























































 PENGUMUMAN

Gotong-royong membersihkan kawasan Masjid Al-Muhajirin, Kg. Kembara Jaya akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh  :   4 Ogos 2013 / 27 Ramadan 1434H

Hari     :   Ahad
Masa    :   8:00 Pagi

*Nota:

Sila bawa tukul, gergaji, cangkul, parang, baldi, kereta sorong dan kelengkapan lain-lain untuk memudahkan aktiviti memunggah dan mengalih sisa bekas pembinaan di sekitar masjid ini.

Sekian Harap Maklum.



Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :
“Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya”.

Important Events at kg. Kembara Jaya

Gotong-royong; Penduduk Kg. Kembara Jaya sedang giat merobohkan 
bangunan kayu Masjid Al-Muhajirin bagi menggantikan struktur bagunan 
binaan batu yang baru.





















Keadaan sekitar lokasi Masjid Al-Muhajirin semasa kerja-kerja perobohan
dijalankan pada 31 Mac 2013.
Dari kiri; Tuan Hj. Sarifuddin dan Pak Raman



















Penuh semangat; jemaah Kg. Kembara Jaya sebelum menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Al-Muhajirin pada 7/2/2014
Dari kiri: Bapa Leha, Bapa Ramlah, Leman, Bapa Usman, Junai, Papai









































Bentuk Infrastukrur Awam & Asas yang dibekalkan di Kg. Kembara Jaya


PERUNTUKAN MASJID BARU JENIS KONKRIT


A Signboard for the proposal to build up the new mosque in Kg. Kembara Jaya that has structured.

The site surrounding for the construction work on  new Al-Muhajirin Mosque at Kg. Kembara Jaya.

Condition on wet area at Al-Muhajirin Mosque, Kg, Kembara Jaya  when the construction work is being proceed 

The new Al-Muhajirin Mosque in an Islamic contemporary architecture landmark its was completed in August, 2013 
Description for Designed 
Foundation : Raft (1.5 meter deep)
Plan :  30' X 40' feet (Rectangle)
Length : 30' feet
Wight :  40' feet
High : 4 meter

Structured Type : Brick concrete with laying plastering mortar 12mm thickness 
Roof : Heat insulation roof tile-TD102 with O Gee style-A gutter type 6" inch
Door : Double panel door (210 X 60cm each)
Window : Sliding window (80 X  100cm)





PROJEK BEKALAN AIR LUAR BANDAR (BALB)


A signage which is the some of approval project the Government Transformation
Program (GTP) particular for the rural area under RMKe-10 strategic long 
term-planning.


Friday, July 26, 2013

Lawatan Muhibbah Pengarah Jabatan Tanah & Ukur Sabah Ke Kampung Kembara Jaya

Ramah Mesra sempena lawatan muhibbah Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Y.Bhg. Datuk Hj.Osman bin Hj. Jamal (kiri: kelapan) ke Kg. Kembara Jaya  pada 18 Feb 2013 / 3:30 pm. Turut sama Tuan Hj. Latuo M. Sarif, Ketua Persatuan Komuniti Bugis Sabah Cawangan Kinabatangan (kiri: kesepuluh), Tuan Hj. Anuar bin Badang, Ketua Cawangan UMNO Kg. Lot M (kiri: ketiga), En. Kasmi bin Sida, Pengerusi Persatuan Belia Kg. Kembara Jaya (kiri: ke-14) dan En. Junaedi bin Ahmad Sultan, Setiausaha Persatuan Belia Kg. Kembara Jaya (kiri: ke-13)

Kronologi Pembangunan Kg. Kembara Jaya

Era 80-an

1982-1986

1. Pengguguran status Hutan Simpan Segeliud-Lokan (deforestation for the forest reserve class II; Commercial of Forest Reserve) untuk tujuan aktiviti pembalakan (logging activities) dilaksanakan. Kawasan Kg. Kembara Jaya, Kg. Singga Mata, Kg. Sayang-Sayangan dan Kg. Berjaya lazimnya terletak di selatan dalam lokasi hutan simpan ini.  
Sumber: Jabatan Perhutana Sabah daerah Kinabatangan (1997).

2. Kawasan hutan simpan Segeliud-Lokan ini kaya dengan kayu-kayan yang berkualiti separti ; Belian (Eusideroxylon zwaggen), selangan batu (S. maxwelliana), merbau (Intsia palembanika), keruing (Dipterocapus), seraya (shorea) dan banyak lagi yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran.


1987
1. Pada awal kemunculan pengaruh Parti Bersatu Sabah (PBS) apabila menguasai pentadbiran Kabinet Negeri selepas kejatuhan pengaruh Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) telah membawa impak yang besar dengan mengamalkan teras demokrasi untuk rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang keturunan, pengeruh politik, agama dan kepercayaan. Pentadbiran PBS mengubah senario lanskap pembangunan sesio-kognitif negeri Sabah terutamanya kawasan luar bandar. 

2. Atas inisiatif  pentadbiran PBS ini, cadangan penerokaan Kg. Kembara Jaya oleh KK. Hj. Ahmad Osman (Allahyarham) telah diusulkan dan telah disokong oleh Y.B Datuk Dr. Zaki Hj. Gusmiah untuk diproses bagi memenuhi kreteria spesifikasi pembangunan guna tanah Sabah utuk mewujudkan perkampungan baru. Apabila era pembalakan berakhir, pelan pembangunan terancang untuk penempatan (centralized access to residential) dirangka untuk cadangan kepada para penerokaan Kg. Kembara Jaya. Namun rancangan ini gagal kerana tidak mempunyai lokasi yang strategik, hampir 80% bentuk muka bumi (terrain) adalah rendah dan berpaya. Justeru, corak penempatan bejajar (peddle access to residential) dilaksanakan yang lebih tertumpu di tepi jalan iaitu di atas tanah peneroka masing-masing.


Syarat Am Permohonan untuk Pembangunan Tanah di Kg. Kembara Jaya *
1. Warganegara
2. Pemohonan hanya se-lot untuk setiap satu keluarga
3. Mesti bermastautin di Kg. Kembara Jaya selepas permohonan mereka dilulusakan
4. Membina penempatan rumah kekal dan menanam tanaman jangkah panjang di atas tanah mereka
5. Perlu Menukar alamat pengundian daftar pemilik (kawasan DUN. Kuamut dan PARLIMEN
    Kinabatangan)
6. Anak-anak peneroka yang bersekolah perlu bersekolah di sekitar kawasan Kinabatangan

Enam Peneroka Awal Masyarakat Suku Bugis di Kg. Kembara Jaya (1987-1988) 

1. Hj. Sarifuddin bin Mandong
2. Abdullah bin Latuo
3. Baddu bin Tanri
4. Ribi bin Lonrong
5. Asis bin Tabri
6. Mohd Saenan bin Zainal


1988
***************


1989

1. Bencana banjir besar telah menenggelamkan kawasan tanah rendah sekitar Bukit Garam-Lamag selama hampir dua minggu. Fenomena alam ini mengakibatkan ramai penduduk mengalami kerugian besar apabila kerosakan tanaman dan ternakan yang menjadi sumber pendapatan utama. Ramai peneroka terpaksa berhijrah ke tempat lain kerana merasakan Kg. Kembara Jaya tidak sesuai untuk penempatan dan mereka turut menjual lot-lot kepada pihak lain (sold off land ownership tenure).

2. Peneroka membangunkan kampung semula setelah kemusnahan teruk semasa fenomena banjir besar. Mereka menanam padi huma, padi sawa dan sayur-sayuran  lebih meluas bagi menjamin sumber ekonomi asas setiap isi rumah.


The surrounding view during  floods at Bukit Garam-Lamag its nearest the
 Kinabatangan river.





















Era 90-an

1990
1. Kemenangan penggal ke-2 kerajaan PBS pada Pilihan Raya Umum Parlimen Negeri Sabah  (PRUPNS Ke-6) tahun 1990 menjadi suntikan baru kepada kampung-kampung khususnya di sekitar mukim Bukit Garam-Lamag untuk terus membangun seiring dengan matlamat kerajaan Negeri Sabah yang impikan pembangunan mapan untuk Sabah.

2. Kerajaan PBS memperuntukan tangki keluli 500ml kepada peneroka tanah di Kg. Kembara Jaya agar dapat menampung kapasiti air hujan yang banyak dalam setiap satu masa. Selain itu, bantuan zink turut disalurkan bagi meringankan beban peneroka mebina rumah.

3. Dua buah mesin pabrik penggiling padi model TF 230 YANMAR diperuntukan kepada peneroka di Kg. kembara Jaya untuk kegunaan penduduk. Tambahan lagi, sebuah generator penjana tenaga elektrik jenis Siemens Generator Electric Motor 225/50KW Type AMW335 Volt turut diberikan kepada peneroka.

1991 
1. Kemasukan secara rasmi parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sabah menjadikan kuasa politik pentadbiran negeri dan pusat semakin seimbang dan lagi dominan dibawa pentadbiran Barisan Nasional (BN) iaitu sejajar dengan dasar Wawasan 2020 yang turut dilancarkan.  Gagasan Wawasan 2020 ini diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-4, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad (kini Tun) pada 28 Feb. 1991; merupakan satu perjanjian sosio-politik yang praktikal dengan berpaksikan Agenda Pembangunan Nasional, iaitu setiap rakyat akan berusaha meneraju negara kesatu tahap dalam tempo 30 tahun mencapai sasaran berstatus negara maju.

Garis Panduan Utama Wawasan 2020 Ke Arah Status Negara Maju:
i) Menetapkan arah tujuan;
ii) Menetapkan matlamat;
iii) Menetapkan strategi;
iv) Menetapkan jangka masa;
v) Menetapkan pencapaian.


2. Skim bantuan Koperasi Pembangunan Desa (KPD) membuka cawangan di Kg. Kembara Jaya dengan memberikan bantuan biji benih padi huma jenis oryza sativa yang berkualiti untuk dikomersialkan. selain itu bantuan jentera pembaja, racun perosak padi dan pasaran tetap ditawarkan kepada ahli KPD.

3. Pada bulan September, lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabatangan (PPKK) dicadangankan pembentukannya dibawa Akta Pertubuhan Peladang 1974 (Akta 109). Empat  buah kampung yang terilbat secara langsung proses penubuhan PPKK ialah; Kg. Berjaya I, Kg. Berjaya II, Kg. Kembara Jaya dan Kg. Usaha Jaya untuk membentuk Jawatankuasa daerah. Pendaftaran ahli PPKK dibuka untuk memudahkan pekebun kecil mendapatkan kelengkapan pertanian khusunya petani di sekitar Kinabatangan.


Clearing the top ground on the mud plate to preparing proper the paddy fields before planting 
seeds process



















1993
1. Draf kelulusan Mesyuarat Agung Ke-2 bagi Pelan Pembangunan Kg. Kembara Jaya telah dicapai untuk merealisasikan penubuhan perkampungan secara rasmi. Inisiatif proses pecah tanah tapak lokasi Masjid Al-Muhajirin Kg. Kembara Jaya dilaksanakan pada tahun tersebut.


1994
1. Satu Jawatankuasa Penaja dibentuk semula (initial of the committee's re-structuring) pentadbiran Kg. Kembara Jaya ditubuhkan untuk permohonan pewartaan (gazzete) kepada pihak Urusetia Pejabat Daerah Kinabatangan untuk diajukan kepada Kabinet Negeri melalui Jabatan Ketua Menteri. Dokumen tersebut disokong oleh ADK Ketua Anak Negeri Kinabatangan  Mohd Damit bin Nayu, wakil rakyat Y.B Datuk Hj. Abdul Malik Chua (Allahyarham) dan Y.B Datuk Juhar Mahiruddin (kini Tun).

Jawatankuasa Penaja Kg. Kembara Jaya tahun 1994*
1. Pengerusi          :  En. Baddu bin Tanri
2. Tim. Pengerusi  :  En. Resmi bin Pelong
3. Setiausaha        :  En. Sarifuddin bin Mandong
4. Bendahari         :  En. Abdullah bin Latuo
5. AJK 1              :  En. Ribi bin Londrong
6. AJK 2              :  En. Asis bin Tabri
7. AJK 3              :  Pn. Rabi binti Side


1995
1. KK. Tuan Hj. Ahmad Osman bersara sebagai Ketua Kampung Kembara Jaya ekoran kekalahan teruk pentadbiran kerajan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum Ke-9 (PRU9). En. Abdul Aziz @ Masdan bin Angau (kini Panglima) meneruskan kesinambungan kepimpinan. Beliau sebagai pemangku ketua kampung dan memegang jawatan Pengerusi JKKK, Kg. Kembara Jaya.


1996
***********


1997
1. Seiring dengan dasar Kementerian Pertanian (kini Kementerian Pertanian dan Asas Tani) memberi galakkan kepada pekebun kecil (smallholder) khususnya di negeri Sabah ketika itu untuk mengusahakan tanaman jangka panjang berbentuk komersial supaya boleh menjamin ekonomi isi rumah yang stabil. Tanaman kelapa sawit menjadi pilihan penduduk kerana komoditi ini mempunyai pasaran yang tinggi diperingkat antarabangsa.

2. Kelulusan Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Pentadbiran  Kg. Kembara Jaya melalui Pejabat Daerah Kinabatangan sebagai kordinasi dan badan penyelaras dasar Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah (KPLBS). 

Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kg. Kembara Jaya dibentuk*
1. Pengerusi          :  Tuan Hj. Husain bin Kamar
2. Tim. Pengerusi  :  En. Latip bin Kusai
3. Setiausaha        :  En. Abd. Rahman bin Hj. Dullah
4. Bendahari         :  En. Abd. Rahman bin Hj. Dullah
5. AJK 1              :  Tuan  Hj. Dullah bin Carunah
6. AJK 2              :  En. Ribi bin Lonrong
7. AJK 3              :  Pn. Nurhainah binti Hassan


3. Proses penyukatan asas sempadan lota-lot tanah peneroka Kg. Kembara Jaya dibuat dengan menggunakan Standard Bruton Geo Compass dan sebanyak 114 Lot-lot tanah peneroka siap disukat. 
                                      * Sila rujuk Sketch Plan Kg. Kembara Jaya District of  Kota Kinabatangan 

4. Bekalan elektrik disalurkan ke Kg. kembara Jaya agar penduduk dapat menikmati tenaga elektrik yang maksimum untuk meningkatkan flaksibiliti kelengkapan infrastruktur asas masyarakat luar bandar khususnya daerah Kinabatangan.



1998

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membekalkan khidmat rawatan air perigi percuma bagi menjamin tahap kesihatan masyarakat yang belum menikmati air paip bersih. Melalui KKM 10 buah kelengkapan perigi simen dan alat penyedut air bawah tanah (underground water pump) diperuntukan kepada penduduk Kg. Kembara Jaya untuk memudahkan penduduk mendapatkan bekalan air selain pergatungan pada air hujan.


The  underground water pump tool that has provided to local residents'
Kg. Kembara Jaya (1998) to take off a pure water  from the earth.
































1999
********



Era Millennium
2000
*********


2001
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kg. Kembara Jaya telah diiktiraf secara rasmi oleh Urusetia Pejabat Daerah Kinabatangan melalui setiausaha tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah. Hj. Husain bin Kamar diangkat menjadi Pengerusi JKKK bagi mengepalai pentadbiran kampung.

Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kg. Kembara Jaya*
1. Pengerusi          :  Tuan HjHusain bin Kamar
2. Tim. Pengerusi  :  En. Latip bin Kusai
3. Setiausaha        :  En. Abd. Rahman bin Hj. Dullah
4. Bendahari         :  En. Abd. Rahman bin Hj. Dullah
5. AJK 1              :  Tuan  Hj. Dullah bin Carunah
6. AJK 2              :  En. Ribi bin Lonrong
7. AJK 3              :  Pn. Nurhainah binti Hassan

2002
********

2003
*********


2004
*********


2005
********

2006
********

2007
********

2008
*******

2009
*******

2010
*******


2011
Watikah Pelantikan semula JKKK Kg. Kembara Jaya**
1. Pengerusi          :  Tuan HjHusain bin Kamar
2. Tim. Pengerusi  :  En. Jamaludin bin Marola
3. Setiausaha        :  En. Jasman bin Jamaludin
4. Bendahari         :  En. Jasman bin Jamaludin
5. AJK 1              :  En. A. Rahim bin Pasuli
6. AJK 2              :  En. Kasman bin Paropo
7. AJK 3              :  Pn. Nasriati binti Patongai


2012
1. Mesyuarat Agung Ke-5 Kg. Kembara Jaya dilangsungkan pada bulan Ogos. Rentetan itu, 11 usul dihasilakan penduduk bagi melestarikan masa depan kampung yang lebih terjamin.

2. Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Asas (PIAS) iaitu penaiktarafan sambungan jalan utama Kg. Kembara Jaya sepanjang 500 meter bersaiz 14 kaki lebar yang dianggarkan menelan kos Ringgit Malaysia setengah juta. Projek ini terus diperolehi melalui Jabatan Pedana Menteri melalui Pejabat Daerah sebagai agensi pelaksana.

3. Pada bulan Oktober satu delegasi pengurusan pengukuran lot-lot tanah peneroka Kg. kembara Jaya yang dipimpin oleh wakil rakyat N.47 Kuamut, Y.B En. Masiung Banah  bermesyuarat bersama pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah di Kota Kinabalu, Datuk Hj. Osman bin Jamal untuk membincangkan hal ehwal tanah peneroka yang masih tertunggak agar dapat diselesaikan secepat mungkin.

4. Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) 2011/2012 untuk penyambungan bekalan air Kg. Kembara Jaya sepanjang 1.5km dilaksanakan dengan anggarkan belanja lebih kurang RM 1.6 juta. Selaras itu, projek Pembinaan Tangki Penimbang dan Rumah Pam di simpang tiga laluan masuk ke Kg. Kembara Jaya dilaksanakan.
Sumber: Warta Kerajaan Negeri Sabah, Projek Pengambilan Tanah untuk pembangunan pada 18/10/2012


2013 
1. Pada bulan Mac, Kg Kembara Jaya mendapat peruntukan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) untuk bina semula Masjid Al-Muhajirin yang baru menggantikan struktur bangunan kayu yang usang. Peruntukan ini diperolehi melalui bajet Jabatan Perdana Menteri dan Urusetia Pejabat Daerah Kinabatangan sebagai agensi pelaksana.


2014
1. Pada Januari 2014, proses pemilihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru melalui kaedah demokrasi pengundian melalui mandat penduduk Kg. Kembara Jaya.  











** Nota : Laman ini masih dalam proses pengumpulan maklumat untuk diterbitkan dan segala kesulitan pihak produksi Kg. Kembara Jaya memohon maaf. Sebarang cadangan atau komen pada laman ini amatlah dialu-alukan.


Thank You Sappo' ku The society of  Rock Melayu 

Article is being undertaken by in-depth interview with residential senior peoples 
UNITED OF THE GENERATION INTELLECTUAL'S KEMBARA ©

ALL RIGHTS RESERVED


Writer : Mr. Jun
Editor : pai d'Kembara
Director: Zack
Vice Director : Mrs. Salmia
Junior Director : Madi
Photographer : Ajis Satar

Sources senior information : 
    Pak Hj. Sarifuddin
    Pak Hj. Idris
    Pak Beddu
    Pak Abdullah
    Pak Asis
    Pak Sannang
    Panglima Masdan
    Brother Rahim (Abg Lippu)
    Pak Hj. Anuar
    Pak Hj. Latuo
    Pak Hj. Husin
    Brother Abdul Rahman (Aco)
                                                                                                                                                                        

Sejarah Kampung Kembara Jaya, Mukim Bukit Garam, Kota Kinabatangan

Sejarah Penjenamaan Kampung Kembara Jaya 

Sejarah penerokaan Kg. Kembara Jaya bermula pada tahun 1987 ketika era awal kegemilangan pemerintahan kerajaan Negeri Sabah dibawa pengaruh pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS). KK. Tuan Hj. Ahmad Osman (Allahyarham) merupakan ketua kampung pertama yang memainkan peranan penting dalam mengurus tadbir proses penubuhan kampung ini. Beliau dibantu oleh Tuan Hj. Sarifuddin Mandong sebagai setiausaha untuk mengurus tadbir hal ehwal peneroka di dalam kampung. 

Menurut Hj Sarifuddin (2002), nama Kampung Kembara Jaya diambil dengan istilah 'Kembara’ dan ‘Jaya' iaitu tiga perspektif yang berbeza dan berhubungkait. Pertama, diambil sempena komitmen masyarakat suku Bugis di atas semangat ikhtiar yang tinggi semasa merantau dan mengembara untuk bermastautin serta membina penempatan baru (kekal) khusunya mukim Bukit Garam. Masyarakat suku Bugis merupakan majoriti yang mewakili 95% jumlah peneroka di Kg. Kembara Jaya. Apabila dikaji makna 'kembara' pada konteks perihal perbuatan diterjemah di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi ketiga (2002) ialah; pergi ke mana-mana, bertualang, menjelajah: (dengan tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yang ditujui). 

Kedua, Menurut  Masdan (2012), diawal kewujudan Kg. Kembara Jaya; kawasan ini diurus tadbir bersama oleh pengelolaan Kg. Berjaya II. Sehubungan itu, istilah ‘Jaya’ diambil daripada kata dasar nama Kg. Berjaya II;  iaitu sempena nama Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) yang pernah mentadbir kerajaan Negeri Sabah 1976-1986. Oleh kerana, pertambahan peneroka saban hari dan lokasi yang luas menyukarkan pengelolaan  pentadbiran keseluruhannya. Pada tahun 1987 usul pembentukan Kg. Kembara Jaya dipersetujui yang diketuai oleh K.K Hj. Ahmad Osman dengan kerjasama A.D.K Panglima Anak Negeri Mohd Damit bin Nayu (Allahyarham) dan En. Kabirun bin Bayu (Allahyarham). Dokumen permohonan perkampungan ini disokong oleh Y.B Datuk Dr. Zaki Hj. Gusmiah untuk dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet Negeri untuk kelulusan.

Ketiga, istilah ‘Kembara Jaya’ diilhamkan sendiri oleh K.K Hj. Ahmad Osman apabila beliau menjadi ketua kampung pertama pada tahun 1987 dan dilantik menjadi ketua cawangan PBS Kg. Berjaya II. Hal ini sinonim kejayaan kerajaan baru  petadbiran  PBS yang menang besar Kabinet Negeri Sabah tahun tersebut pada Pilihan Raya Umum Negeri. Kerajaan PBS mengamal corak demokrasi baru untuk rakyat Sabah dan pembangunan luar bandar amat ditekankan bagi guna tanah yang optimum (Hj. Sarifuddin & Masdan, 2012)

Diawal kewujudan Kg. Kembara Jaya, peneroka tanah mengusahakan tanaman sara diri jangka pendek seperti padi bukit, padi sawa dan sayur-sayuran bagi menjamin sara hidup dan ekonomi. 













** Nota : Laman ini masih dalam proses pengumpulan maklumat untuk diterbitkan dan segala kesulitan pihak produksi Kg. Kembara Jaya memohon maaf. Sebarang cadangan atau komen pada laman ini amatlah dialu-alukan.


Thank You Sappo' ku 

Article is being undertaken by in-depth interview with residential senior peoples 
UNITED OF THE GENERATION INTELLECTUAL'S KEMBARA ©

ALL RIGHTS RESERVED