Friday, July 26, 2013

Kronologi Pembangunan Kg. Kembara Jaya

Era 80-an

1982-1986

1. Pengguguran status Hutan Simpan Segeliud-Lokan (deforestation for the forest reserve class II; Commercial of Forest Reserve) untuk tujuan aktiviti pembalakan (logging activities) dilaksanakan. Kawasan Kg. Kembara Jaya, Kg. Singga Mata, Kg. Sayang-Sayangan dan Kg. Berjaya lazimnya terletak di selatan dalam lokasi hutan simpan ini.  
Sumber: Jabatan Perhutana Sabah daerah Kinabatangan (1997).

2. Kawasan hutan simpan Segeliud-Lokan ini kaya dengan kayu-kayan yang berkualiti separti ; Belian (Eusideroxylon zwaggen), selangan batu (S. maxwelliana), merbau (Intsia palembanika), keruing (Dipterocapus), seraya (shorea) dan banyak lagi yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran.


1987
1. Pada awal kemunculan pengaruh Parti Bersatu Sabah (PBS) apabila menguasai pentadbiran Kabinet Negeri selepas kejatuhan pengaruh Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) telah membawa impak yang besar dengan mengamalkan teras demokrasi untuk rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang keturunan, pengeruh politik, agama dan kepercayaan. Pentadbiran PBS mengubah senario lanskap pembangunan sesio-kognitif negeri Sabah terutamanya kawasan luar bandar. 

2. Atas inisiatif  pentadbiran PBS ini, cadangan penerokaan Kg. Kembara Jaya oleh KK. Hj. Ahmad Osman (Allahyarham) telah diusulkan dan telah disokong oleh Y.B Datuk Dr. Zaki Hj. Gusmiah untuk diproses bagi memenuhi kreteria spesifikasi pembangunan guna tanah Sabah utuk mewujudkan perkampungan baru. Apabila era pembalakan berakhir, pelan pembangunan terancang untuk penempatan (centralized access to residential) dirangka untuk cadangan kepada para penerokaan Kg. Kembara Jaya. Namun rancangan ini gagal kerana tidak mempunyai lokasi yang strategik, hampir 80% bentuk muka bumi (terrain) adalah rendah dan berpaya. Justeru, corak penempatan bejajar (peddle access to residential) dilaksanakan yang lebih tertumpu di tepi jalan iaitu di atas tanah peneroka masing-masing.


Syarat Am Permohonan untuk Pembangunan Tanah di Kg. Kembara Jaya *
1. Warganegara
2. Pemohonan hanya se-lot untuk setiap satu keluarga
3. Mesti bermastautin di Kg. Kembara Jaya selepas permohonan mereka dilulusakan
4. Membina penempatan rumah kekal dan menanam tanaman jangkah panjang di atas tanah mereka
5. Perlu Menukar alamat pengundian daftar pemilik (kawasan DUN. Kuamut dan PARLIMEN
    Kinabatangan)
6. Anak-anak peneroka yang bersekolah perlu bersekolah di sekitar kawasan Kinabatangan

Enam Peneroka Awal Masyarakat Suku Bugis di Kg. Kembara Jaya (1987-1988) 

1. Hj. Sarifuddin bin Mandong
2. Abdullah bin Latuo
3. Baddu bin Tanri
4. Ribi bin Lonrong
5. Asis bin Tabri
6. Mohd Saenan bin Zainal


1988
***************


1989

1. Bencana banjir besar telah menenggelamkan kawasan tanah rendah sekitar Bukit Garam-Lamag selama hampir dua minggu. Fenomena alam ini mengakibatkan ramai penduduk mengalami kerugian besar apabila kerosakan tanaman dan ternakan yang menjadi sumber pendapatan utama. Ramai peneroka terpaksa berhijrah ke tempat lain kerana merasakan Kg. Kembara Jaya tidak sesuai untuk penempatan dan mereka turut menjual lot-lot kepada pihak lain (sold off land ownership tenure).

2. Peneroka membangunkan kampung semula setelah kemusnahan teruk semasa fenomena banjir besar. Mereka menanam padi huma, padi sawa dan sayur-sayuran  lebih meluas bagi menjamin sumber ekonomi asas setiap isi rumah.


The surrounding view during  floods at Bukit Garam-Lamag its nearest the
 Kinabatangan river.





















Era 90-an

1990
1. Kemenangan penggal ke-2 kerajaan PBS pada Pilihan Raya Umum Parlimen Negeri Sabah  (PRUPNS Ke-6) tahun 1990 menjadi suntikan baru kepada kampung-kampung khususnya di sekitar mukim Bukit Garam-Lamag untuk terus membangun seiring dengan matlamat kerajaan Negeri Sabah yang impikan pembangunan mapan untuk Sabah.

2. Kerajaan PBS memperuntukan tangki keluli 500ml kepada peneroka tanah di Kg. Kembara Jaya agar dapat menampung kapasiti air hujan yang banyak dalam setiap satu masa. Selain itu, bantuan zink turut disalurkan bagi meringankan beban peneroka mebina rumah.

3. Dua buah mesin pabrik penggiling padi model TF 230 YANMAR diperuntukan kepada peneroka di Kg. kembara Jaya untuk kegunaan penduduk. Tambahan lagi, sebuah generator penjana tenaga elektrik jenis Siemens Generator Electric Motor 225/50KW Type AMW335 Volt turut diberikan kepada peneroka.

1991 
1. Kemasukan secara rasmi parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sabah menjadikan kuasa politik pentadbiran negeri dan pusat semakin seimbang dan lagi dominan dibawa pentadbiran Barisan Nasional (BN) iaitu sejajar dengan dasar Wawasan 2020 yang turut dilancarkan.  Gagasan Wawasan 2020 ini diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-4, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad (kini Tun) pada 28 Feb. 1991; merupakan satu perjanjian sosio-politik yang praktikal dengan berpaksikan Agenda Pembangunan Nasional, iaitu setiap rakyat akan berusaha meneraju negara kesatu tahap dalam tempo 30 tahun mencapai sasaran berstatus negara maju.

Garis Panduan Utama Wawasan 2020 Ke Arah Status Negara Maju:
i) Menetapkan arah tujuan;
ii) Menetapkan matlamat;
iii) Menetapkan strategi;
iv) Menetapkan jangka masa;
v) Menetapkan pencapaian.


2. Skim bantuan Koperasi Pembangunan Desa (KPD) membuka cawangan di Kg. Kembara Jaya dengan memberikan bantuan biji benih padi huma jenis oryza sativa yang berkualiti untuk dikomersialkan. selain itu bantuan jentera pembaja, racun perosak padi dan pasaran tetap ditawarkan kepada ahli KPD.

3. Pada bulan September, lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Kinabatangan (PPKK) dicadangankan pembentukannya dibawa Akta Pertubuhan Peladang 1974 (Akta 109). Empat  buah kampung yang terilbat secara langsung proses penubuhan PPKK ialah; Kg. Berjaya I, Kg. Berjaya II, Kg. Kembara Jaya dan Kg. Usaha Jaya untuk membentuk Jawatankuasa daerah. Pendaftaran ahli PPKK dibuka untuk memudahkan pekebun kecil mendapatkan kelengkapan pertanian khusunya petani di sekitar Kinabatangan.


Clearing the top ground on the mud plate to preparing proper the paddy fields before planting 
seeds process



















1993
1. Draf kelulusan Mesyuarat Agung Ke-2 bagi Pelan Pembangunan Kg. Kembara Jaya telah dicapai untuk merealisasikan penubuhan perkampungan secara rasmi. Inisiatif proses pecah tanah tapak lokasi Masjid Al-Muhajirin Kg. Kembara Jaya dilaksanakan pada tahun tersebut.


1994
1. Satu Jawatankuasa Penaja dibentuk semula (initial of the committee's re-structuring) pentadbiran Kg. Kembara Jaya ditubuhkan untuk permohonan pewartaan (gazzete) kepada pihak Urusetia Pejabat Daerah Kinabatangan untuk diajukan kepada Kabinet Negeri melalui Jabatan Ketua Menteri. Dokumen tersebut disokong oleh ADK Ketua Anak Negeri Kinabatangan  Mohd Damit bin Nayu, wakil rakyat Y.B Datuk Hj. Abdul Malik Chua (Allahyarham) dan Y.B Datuk Juhar Mahiruddin (kini Tun).

Jawatankuasa Penaja Kg. Kembara Jaya tahun 1994*
1. Pengerusi          :  En. Baddu bin Tanri
2. Tim. Pengerusi  :  En. Resmi bin Pelong
3. Setiausaha        :  En. Sarifuddin bin Mandong
4. Bendahari         :  En. Abdullah bin Latuo
5. AJK 1              :  En. Ribi bin Londrong
6. AJK 2              :  En. Asis bin Tabri
7. AJK 3              :  Pn. Rabi binti Side


1995
1. KK. Tuan Hj. Ahmad Osman bersara sebagai Ketua Kampung Kembara Jaya ekoran kekalahan teruk pentadbiran kerajan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum Ke-9 (PRU9). En. Abdul Aziz @ Masdan bin Angau (kini Panglima) meneruskan kesinambungan kepimpinan. Beliau sebagai pemangku ketua kampung dan memegang jawatan Pengerusi JKKK, Kg. Kembara Jaya.


1996
***********


1997
1. Seiring dengan dasar Kementerian Pertanian (kini Kementerian Pertanian dan Asas Tani) memberi galakkan kepada pekebun kecil (smallholder) khususnya di negeri Sabah ketika itu untuk mengusahakan tanaman jangka panjang berbentuk komersial supaya boleh menjamin ekonomi isi rumah yang stabil. Tanaman kelapa sawit menjadi pilihan penduduk kerana komoditi ini mempunyai pasaran yang tinggi diperingkat antarabangsa.

2. Kelulusan Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Pentadbiran  Kg. Kembara Jaya melalui Pejabat Daerah Kinabatangan sebagai kordinasi dan badan penyelaras dasar Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah (KPLBS). 

Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kg. Kembara Jaya dibentuk*
1. Pengerusi          :  Tuan Hj. Husain bin Kamar
2. Tim. Pengerusi  :  En. Latip bin Kusai
3. Setiausaha        :  En. Abd. Rahman bin Hj. Dullah
4. Bendahari         :  En. Abd. Rahman bin Hj. Dullah
5. AJK 1              :  Tuan  Hj. Dullah bin Carunah
6. AJK 2              :  En. Ribi bin Lonrong
7. AJK 3              :  Pn. Nurhainah binti Hassan


3. Proses penyukatan asas sempadan lota-lot tanah peneroka Kg. Kembara Jaya dibuat dengan menggunakan Standard Bruton Geo Compass dan sebanyak 114 Lot-lot tanah peneroka siap disukat. 
                                      * Sila rujuk Sketch Plan Kg. Kembara Jaya District of  Kota Kinabatangan 

4. Bekalan elektrik disalurkan ke Kg. kembara Jaya agar penduduk dapat menikmati tenaga elektrik yang maksimum untuk meningkatkan flaksibiliti kelengkapan infrastruktur asas masyarakat luar bandar khususnya daerah Kinabatangan.



1998

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membekalkan khidmat rawatan air perigi percuma bagi menjamin tahap kesihatan masyarakat yang belum menikmati air paip bersih. Melalui KKM 10 buah kelengkapan perigi simen dan alat penyedut air bawah tanah (underground water pump) diperuntukan kepada penduduk Kg. Kembara Jaya untuk memudahkan penduduk mendapatkan bekalan air selain pergatungan pada air hujan.


The  underground water pump tool that has provided to local residents'
Kg. Kembara Jaya (1998) to take off a pure water  from the earth.
































1999
********



Era Millennium
2000
*********


2001
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kg. Kembara Jaya telah diiktiraf secara rasmi oleh Urusetia Pejabat Daerah Kinabatangan melalui setiausaha tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Sabah. Hj. Husain bin Kamar diangkat menjadi Pengerusi JKKK bagi mengepalai pentadbiran kampung.

Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kg. Kembara Jaya*
1. Pengerusi          :  Tuan HjHusain bin Kamar
2. Tim. Pengerusi  :  En. Latip bin Kusai
3. Setiausaha        :  En. Abd. Rahman bin Hj. Dullah
4. Bendahari         :  En. Abd. Rahman bin Hj. Dullah
5. AJK 1              :  Tuan  Hj. Dullah bin Carunah
6. AJK 2              :  En. Ribi bin Lonrong
7. AJK 3              :  Pn. Nurhainah binti Hassan

2002
********

2003
*********


2004
*********


2005
********

2006
********

2007
********

2008
*******

2009
*******

2010
*******


2011
Watikah Pelantikan semula JKKK Kg. Kembara Jaya**
1. Pengerusi          :  Tuan HjHusain bin Kamar
2. Tim. Pengerusi  :  En. Jamaludin bin Marola
3. Setiausaha        :  En. Jasman bin Jamaludin
4. Bendahari         :  En. Jasman bin Jamaludin
5. AJK 1              :  En. A. Rahim bin Pasuli
6. AJK 2              :  En. Kasman bin Paropo
7. AJK 3              :  Pn. Nasriati binti Patongai


2012
1. Mesyuarat Agung Ke-5 Kg. Kembara Jaya dilangsungkan pada bulan Ogos. Rentetan itu, 11 usul dihasilakan penduduk bagi melestarikan masa depan kampung yang lebih terjamin.

2. Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Asas (PIAS) iaitu penaiktarafan sambungan jalan utama Kg. Kembara Jaya sepanjang 500 meter bersaiz 14 kaki lebar yang dianggarkan menelan kos Ringgit Malaysia setengah juta. Projek ini terus diperolehi melalui Jabatan Pedana Menteri melalui Pejabat Daerah sebagai agensi pelaksana.

3. Pada bulan Oktober satu delegasi pengurusan pengukuran lot-lot tanah peneroka Kg. kembara Jaya yang dipimpin oleh wakil rakyat N.47 Kuamut, Y.B En. Masiung Banah  bermesyuarat bersama pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah di Kota Kinabalu, Datuk Hj. Osman bin Jamal untuk membincangkan hal ehwal tanah peneroka yang masih tertunggak agar dapat diselesaikan secepat mungkin.

4. Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) 2011/2012 untuk penyambungan bekalan air Kg. Kembara Jaya sepanjang 1.5km dilaksanakan dengan anggarkan belanja lebih kurang RM 1.6 juta. Selaras itu, projek Pembinaan Tangki Penimbang dan Rumah Pam di simpang tiga laluan masuk ke Kg. Kembara Jaya dilaksanakan.
Sumber: Warta Kerajaan Negeri Sabah, Projek Pengambilan Tanah untuk pembangunan pada 18/10/2012


2013 
1. Pada bulan Mac, Kg Kembara Jaya mendapat peruntukan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) untuk bina semula Masjid Al-Muhajirin yang baru menggantikan struktur bangunan kayu yang usang. Peruntukan ini diperolehi melalui bajet Jabatan Perdana Menteri dan Urusetia Pejabat Daerah Kinabatangan sebagai agensi pelaksana.


2014
1. Pada Januari 2014, proses pemilihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru melalui kaedah demokrasi pengundian melalui mandat penduduk Kg. Kembara Jaya.  











** Nota : Laman ini masih dalam proses pengumpulan maklumat untuk diterbitkan dan segala kesulitan pihak produksi Kg. Kembara Jaya memohon maaf. Sebarang cadangan atau komen pada laman ini amatlah dialu-alukan.


Thank You Sappo' ku The society of  Rock Melayu 

Article is being undertaken by in-depth interview with residential senior peoples 
UNITED OF THE GENERATION INTELLECTUAL'S KEMBARA ©

ALL RIGHTS RESERVED


Writer : Mr. Jun
Editor : pai d'Kembara
Director: Zack
Vice Director : Mrs. Salmia
Junior Director : Madi
Photographer : Ajis Satar

Sources senior information : 
    Pak Hj. Sarifuddin
    Pak Hj. Idris
    Pak Beddu
    Pak Abdullah
    Pak Asis
    Pak Sannang
    Panglima Masdan
    Brother Rahim (Abg Lippu)
    Pak Hj. Anuar
    Pak Hj. Latuo
    Pak Hj. Husin
    Brother Abdul Rahman (Aco)
                                                                                                                                                                        

No comments:

Post a Comment